Wajah terbaru Aiman selepas rambutnya dicukur. Bahang panas sangat terasa menyebabkan Aiman tidak selesa. Rumah di kampung tidak ada 'aircond' cuma ada kipas sahaja.
Aiman ketika majlis bercukur pada 21 Ogos 2009 (Jumaat). Ketika ini Aiman menangis kerana cuaca panas dan bahangnya sangat terasa bagaikan membakar kulit. Nasib baiklah aku pandai mengulitnya.
Anakku yang pertama, Muhammad Afham Aiman telah di lahirkan dengan selamat secara normal di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan (HPRZ II) pada 1 Ogos 2009 bersamaan 10 Sya'aban 1430 Hijrah jam 2.43 petang.